Cabut Gigi

::: Bismillahirrahamnirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~
sekejap je rasa dah masuk jun kan.
macam semalam je tahun baru.
tup-tup dah nak puasa dah isnin ni.
macam baru semalam je aidilfitri tahun lepas.

Alhamdulillah!~
yeaaa. puasa tahun ni kiteorang kat rumah baru.
suasana baru. jiran baru.
semua pun baru.
jenuh jugak tu nak pindahkan semua barang.
almost one week kiteorang kehulu kehilir memungggahkan barang.

kepenatan tu masih lagi terasa sampai sekarang.
asyik mengantuk je kat ofis ni.
sampai tahap ape xtahu aku nak gambarkan.
fuhhh!~
taip ni pun sambil terlelap-lelap siap mimpi bagai.
dasyat betul penangan dia.

rumah tu sikit-sikit kemas pun masih xhabis2 lagi.
biasalah kalau bab-bab lipat baju tu mmg bencinta sikit lah.
lagi lah aku ni.
serius, aku memang xberdaya sangat.
sampai rumah je mesti melepek je macam orang mabuk.
dah dua hari ni tido je awal.
kol 11 dah tido. bangun pagi tetap lambat jugak.
sebab konon nak masak ayam masak kicap. tp ilek.

lagipun minggu ni gigi aku sakit sampai kekepala.
pain killer mmg hari-hari dok telan.
kalau nak tido lah. sebab nak dapatkan tido yg berkualiti kononnya.
tapi just tahan bape jam je. nanti mesti tersedar sebab sakit yang amat
nak gie cabut serius takut sbb gigi aku rapuh.
asyik tertanggal sendiri.
lagipun aku xpernah cabut gigi.
yup. memang xpernah cabut gigi kat doktor.
masa sekolah rendah tu last sebab cabut sendiri gigi susu.
dah goyang cabut sendiri je kt rumah.


"gigi rapuh ni bahaya sikit nana. nanti takut patah time tengah cabut tu"

tu cuak sikit tu.
asyik bertangguh je dari zaman dulu.
sebab dah xtahan sangat semalam gie jugak.
gile tabah aku.
sebab kalau aku asyik bertangguh je memang sampai bebile xkan tercabut pun.

"owh. nie rapuh ni gigi awak. takut kena korek je nanti. eh bukan nak takutkan. harap-harap xkenalah"

"haa? alamak, kena korek ke? harap-harap pun xkena lah"

sekali memang betul kena korek.
sebab gigi tu patah dulu sebelum tercabut semua sekali.
maka bertabah lah aku menghadapi.
Alhamdulillah.
aku pun xsangka sebenarnya aku tahan sakit.
sebab mama and adik-adik aku dah cop aku nie cam manja sikit.
xtahan sakit.
lagi-lagi sebelum aku kena cabut gigi tu dah kena momokan dari mama.

"kalau cabut gigi bawah sakit sikit nana. mama nak gie cabut gigi atas ni pun masih trauma yg dulu tu sampai nangis2."

kalau mama yang memang kebal tahan sakit pun xtahan sakit bile kena cabut gigi.
lagi lah aku yang xtahan sakit.
sampai aku terfikir camne laaa aku nak beranak nanti.
dah lah sikit2 aku merengek.
sikit-sikit dah xtahan sakit.
alhamdulillah.
serius bersyukur.
bersyukur sebab Allah kurangkan rasa sakit.
bukan xsakit.
tapi xmelepasi tahap pemikiran aku.

"xsakit ke dik? senyap je awak?"

"kalau cina aritu bukan main dah bising-bising kan doktor"

"sakit jugak. ngilu"

sebenarnya aku nak jugak jadi kuat macam danish.
dari kecik cabut gigi xpernah nangis.
ego tinggi melangit mamat tuh.
tapi bagus lah.
xpernah takut kalau suruh cabut gigi.
bile gigi sakit kekadang die yang mintak nak cabut sebab dah xtahan sangat.
semalam pun aku duk pujuk minda aku.
sakit cabut nie sekejap je.
satu hari je.
kalau xcabut setiap hari sakit.


"haa tengok sampai terbengkok gigi awak ni. ade lagi satu tu"

"haa? ade lagi?"

sebenarnya semalam pun ade nak aci ngelat jugak.
hahahahhaa
tanya kat receptionist sebab masa tu dah kol 6.
klinik tutup kol 7.
sempat lagi ke?siap tanya. padahal nak mengelatlah tu.
lagi satu masa tu dah 6.45 ade 3 patient lagi lepas aku.
dengan niat dihati nak bla je kunun dh janji dengan adik aku.
tapi fikir balik. dah xsempat sebab dh nak puasa. aci redah jelah.
harung jelah sakit x sakit.

"ok awak boleh kumur2. bagi die cermin and wet tissue"

"eh dah siap ke?"

"dah. dah tercabut dah lagi satu"

"xpercaya ke cik?"

"xperasan sebab xrasa pun yang last tu"

yeaaa!~
alhamdulillah berjaya lepas fasa satu.
ada lagi dua fasa.
nak cabut satu.
nak betulkan gigi satu.
hopefully xtrauma lah nak cabut gigi.
and hopefully xover confident yang benda tu xsakit.
fuhhhh!

oklah.
got to go!
dah banyak sangat membebel.

Terima Kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~