Skin Care

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::




Salam Jumaat.
rajin kan?
sementara masih dikurniakan kerajinan, update lah cepat sebelum rajin melebur sepenuhnya.

terasa macam nak berkongsi tentang penjagaan kulit.
bukan makeup and touch up.
dulu bukanlah jenis seorang manusia yang menjaga tentang kulit.
bila wujud kesedaran untuk menjaga pun tidak sedar.

yang paling ingat adalah sejak meningkat usia ni perlukan lagi penjagaan yang rapi.
masa zaman belajar, tidak berapa kisah dengan kulit muka.
hanya pakai pencuci sahaja itupun kalau rajin.
cuci muka hanya sekali sehari.
bila waktu pagi sahaja.
bila rajin sikit, cucilah sebelum tidur.
suatu hari, kawan bagi cadangan untuk gunakan satu produk dari thailand.
sebelum ni memang takut untuk guna sembarangan produk sebab takut muka rosak teruk tapi tidak tahu mengapa terjadi berani pula waktu itu.

beli untuk cream siang dan cream malam.
pakai hanya sekejap sebab selepas itu kecoh dalam media sosial tentang bahaya produk tersebut.

sumber google

tapi masih gunakan lagi sebab sayang.
zaman belajar kan beli barang harga rm20 pun masih hargai.
muka sangat teruk dan tona kulit tidak sekata.
sampailah makcik kenalkan dengan collagen dan kopi.




barang-barang dari AHB.
bahan asas adalah codibelle.
alhamdulillah berkesan dan nampak perubahan dimana diri sendiri tidak perasan mana pun tapi orang sekeliling lagi-lagi mereka yang jarang-jarang berjumpa.
alhamdulillah lepas guna dua produk ni kulit tidaklah seteruk dulu.
rasanya dalam 5 bulan sahaja guna dah nampak hasilnya.
alhamdulillah sangat.
berhenti ambil sebab masa tu nak berdiet secara semulajadi tanpa makanan tambahan.
bila consume collagen badan akan sukar untuk turun malah mudah untuk menaikkan berat badan.



dulu memang pernah berjaya turunkan berat badan dengan berjaya sebab masa nak berdiet untuk kelihatan cantik dan kurus masa kenduri kahwin adik.
eh tidaklah berapa jaya sangat.
tapi sekarang?
rolling eyes!


bila dah bekerja, timbul rasa nak beli skin care.
sebab rasa nak jaga muka tambahan pula dan start makeup muka sikit2.
so, perlu jaga kulit elok2 bila dah pakai foundation, concealer, eye liner, eye brow, eye shadow dan apa2 lagi lah yang menconteng muka nie.

beli produk local.
okey dan best.
tiba-tiba jadi kecoh juga satu malaysia night cream ada kandungan merkuri dan masa tu kulit masih okey lagi.
masa mula-mula beli dah terasa something.
i am aware about mercury sebab muka jenis tak tahan dengan merkuri.
akan jadi sesuatu bila berhenti.
bila dah habis, dah mula tak beli tapi masih lagi pakai day cream dan serum, pencuci muka dan toner.
tapi perlahan2 timbul jerawat yang sama sifatnya waktu breakout teruk dulu.
dimana jerawat yang besar dan berkumpul disatu tempat, bila kita picit, keliling sebenarnya ada juga jerawat yang lain.
faham?
maksudnya kita nampak ada satu mata, sebenarnya ada beberapa mata jerawat yang lain dalam kawasan yang sama.
cuma kali ini punya jerawat tak nampak dipandangan mata orang ramai sebab bila pakai tudung akan terselindung.
sampai orang tak pecaya muka tengah breakout teruk.

ambil keputusan berhenti nak guna skin care yang siap ada night cream, day cream yang full set lah kirenya.
tapi banyak jugak survey produk skincare lain.
baca di media sosial.
masa itu memang betul-betul cari nak pulihkan breakout.
tapi tetap risau sebab walau dah kecut, jerawat akan timbul semula.


amik keputusan tukar semua.



sumber google

ramai bagi pendapat supaya bertukar pencuci muka cetaphil untuk merawat muka.
memakan masa yang agak lama.
dalam lebih kurang 5 hingga 6 bulan juga untuk nampak pengurangan keatas bekas breakout yang berwarna hitam.
kali ni jadi manusia yang agak sabar.
alhamdulillah sesuai dengan kulit.
disebabkan muka berminyak, maka cuci muka 3 kali sehari.
masa beli dulu masih murah lagi.
RM23++ 250ml.
sekarang dah naik harga.
berpeluh tengok!~

sumber google



di ofis cuma gunakan safi.
alhamdulillah sesuai juga dengan kulit muka.
best!~


sumber google

dalam masa yang sama bertukar toner.
masa ni fokus untuk pulihkan muka.
sales person cadangkan yang ni.
alhamdulillah sesuai juga dengan muka.
harga agak mahal rm80 sebotol tapi boleh pakai lama!
beli sejak bulan 4 2017 dan botol kedua 12 2017.
okeylah bagi aku sebab boleh pakai lama dan tahan lama.
nak bertukar toner juga tapi belum berani.
lagipun cuma pakai sehari sekali
seeloknya pakai pagi dan malam.

sumber google

dan moisturizer!~
tapi bukan yang ni lah.
beli yang murah-murah je RM10 kat Yubiso.
tapi lebih kurang macam ni lah.
beli kat Elianto pun okey sebab adik aku guna Elianto, kurang sikit kulit kering.

alhamdulillah dengan 3 barang ni muka semakin elok.
dan pakai juga serum dari Innisfree dapat freegift join membership.
best giler!
tapi mahal gile!
hahahahaaa
memang kena kumpul duit untuk beli.
lepas dah habis tu, aku guna essence nature republic.
pun best gile!
itupun free dari kawan aku yang balik dari berjalan kat korea.


mask pun penting!~
biasanya kami borong je kat Yubiso.
satu pack RM2.50.


mask semula jadi dari dapur pun aku pakai.
beras blend + susu tepung
yogurt.
kunyit + madu
sodium bicarbonate + lemon
rajin kan?
sebulan sekali paling rajin!
hahahahaaaa


sekarang tambah dengan minyak argan LA.



setakat yang aku pakai, best guna minyak argan ni cuma kau kena apply betul-betul tunggu sampai minyak kering.
akan bagi effect glowing keatas muka lepas makeup.
best!~
yang nie RM39.00
bukan untuk muka saja tapi untuk rambut pun boleh.
mengurangkan rambut gugur.
bila terlebih tuang, aku akan pakai kat tangan macam pakai lotion.
banyak kebaikan pakai minyak argan.
membaik pulih parut-parut jerawat.
itu sekarang fokus aku untuk hilangkan parut jerawat akibat suka picit jerawat zaman hingusan.

tak kisah pun dari produk mana kau nak guna untuk skin care.
yang penting bersesuaian dengan kulit muka.
kadang skin care ni bukan untuk memutihkan pun.
cuma untuk menjaga kulit supaya nampak lebih sihat.

bila nak nampak putih bagi aku senang je.
kau tepek lah foundation banyak-banyak.

bagi aku putih tu xpenting mana pun.
yang penting kulit flawless, glowing dan firm.
tu bagi aku.
masih lagi ke arah pemulihan kulit.
semoga terus rajin!

pernah tengok iklan sabun basuh Top?
kalau xsilap.

"yang bagus tidak semestinya mahal, dan yang mahal tidak semestinya bagus"


Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~